Tuesday 22 August 2017

Ramai Netizen Rela ‘Ditembak’ Oleh Polis Ini…


NAMPAKNYA bukan hanya atlet sahaja yang menjadi tumpuan ramai pihak sepanjang temasya Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berlangsung.

Media sosial turut viral dengan sekeping gambar memaparkan seorang polis wanita hot yang sedang berkawal di sekitar pusat beli-belah terkemuka ibu negara.

Selepas gambar tersebut menjadi tular, netizen seperti biasa mula mengeluarkan kata-kata pick up line yang serba kreatif bagi menambat hati polis cun ini.


Antaranya, ramai netizen yang sudi ‘ditembak’ oleh polis wanita tersebut pabila hati mereka sudah terpaut pada raut wajah jelita polis berkenaan.


Haha… Kreatif-kreatif belaka netizen ni kan.

Buat makluman anda, gadis ini bernama Zarith Aqilah dan merupakan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Polis Diraja Malaysia.

Zarith merupakan graduan dari Universiti Malaya sebelum menceburkan diri dalam bidang kepolisan.

Mungkin lepas populariti viral ni, Datuk Yusof Haslam berkenan nak lamar Zarith berlakon dalam drama Gerak Khas… Siapa tahu kan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments