JEROME Billingham hanyalah seorang pekerja kilang di Britain dan sebelum itu pernah mempunyai kira-kira 200 pengikut dalam dua akaun Twitternya.
Namun tanpa disangkanya, pengikut bagi dua akaun Twitter miliknya meningkat kepada setengah juta orang.
Semuanya gara-gara selebriti Kim Kardashian membalas kicauan tweet daripada Jerome.
Kim membalas `sayang awak juga!’ kepada pertanyaan Jerome iaitu `Adakah awak kenal peminat awak? Saya sayangkan awak!
Selepas seminggu Kim membalas kicauan tersebut, pengikut Twitter Jerome bertambah kepada 20,000 orang dan terus meningkat. Akaun twitter utama Jerome kini mendapat 6 juta `view’ setiap bulan.
Disebabkan dia menjadi terkenal, syarikat pengeluar baju mula hantar baju secara percuma kepadanya di rumahnya di Louth, Lincolnshire, manakala perniagaan lain pula memujuk Jerome mempromosikan barang mereka.
“Saya sedang bekerja syif pukul 6 pagi di kilang saya apabila Kim membalas kicauan saya. Saya tak fikirkan banyak tentang perkara itu dan ketika sedang berjalan pulang ke rumah telefon saya mula berbunyi tanpa henti.
“Saya terkejut dan tertanya-tanya apa yang berlaku ini. Mungkin berlaku masalah teknikal dengan telefon saya tetapi saya melihat beribu-ribu mesej membalas `tahniah,’’ katanya.
Meskipun kini Jerome bekerja dengan Haven Holidays, namun dia berharap dapat menumpukan sepenuh masa kepada media sosial. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments