TERKEJUT beruk pelayan apabila penyanyi cantik daripada Amerika Syarikat, Nicole Scherzinger berkunjung ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Johor Bahru, Johor, semalam.
Video rakaman kedatangan Nicole tular di laman sosial sejak malam tadi.
Difahamkan, bekas penyanyi kumpulan Pussycat Dolls itu baru sahaja selesai membuat persembahan di majlis perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah di Istana Bukit Serene, pada Isnin 14 Ogos (semalam).
Pelantun lagu hit Stick Wit U ini turut mengabadikan gambar kenangan di hadapan istana menerusi akaun Instagramnya.
Dalam siri beberapa rakaman video itu, Nicole dilihat masuk ke dalam sebuah cawangan KFC yang difahamkan berlokasi di hadapan Hotel Thistle JB.
Dia juga memesan satu set hidangan dinner plate yang mempunyai tiga ketul ayam. Wow! Tak sangka badan cantik boleh makan banyak kan!
Dalam video asing, Nicole turut berterima kasih kepada kereta polis yang mengiringinya dalam Bahasa Melayu.
“In Malaysia. These trips happen (Di Malaysia. Kadang-kadang persinggahan seperti ini berlaku (ke restoran fast food),” katanya sambil menjinjing dua bungkusan plastik KFC.
“My police escort. Terima kasih. So grateful (Polis iringan saya. Saya sangat menghargainya),” katanya lagi.
Nampak gayanya dia sedarhana sahaja orangnya Nicole ni. Tak perlu entourageberbelas-belas orang, pembantu peribadi atau pengawal keselamatan, sebaliknya dia sendiri yang menjinjing beg plastik makanannya sendiri! – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments