BELUM sempat menghadiri majlis perkahwinan Tunku Tun Aminah, pemuda ini telah menemui ajal sehari sebeum majlis itu berlangsung.
Sabtu lalu, seorang pemuda berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Muhammad Aidil tidak sempat memenuhi undangan majlis perkahwinan Tunku Tun Aminah apabila dia telah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sebelum Allahyarham meninggal, dia ada memuat naik satu status di Facebooknya yang mengatakan bahawa dia sangat teruja untuk menghadiri majlis kerabat Johor itu. Tunku Puteri Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan pasangan, Dennis Muhammad Abdullah telah melangsungkan pernikahan pada pagi Isnin (14 Ogos) di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor.
Dia juga telah berkongsi berita gembira itu di dalam Whatsapp group keluarganya sambil memberi tahu bahawa dia tak mempunyai baju melayu teluk belanga. Tapi, dia tetap berusaha untuk mencari pakaian tersebut demi melihat idolanya bersanding.
Abang arwah, Rozaimy Qaisara juga mengatakan bahawa arwah adiknya itu berasa sangat teruja dan hampir setiap malam dia mencuba baju melayu teluk belanga bersama sampin yang merupakan dress code untuk majlis itu.
Arwah Aidil dikatakn terlibat dalam kemalangan di jalan susur dekat Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru. Jenazah telah dikebumikan di kawasan perumahannya di Taman Munsyi Ibrahim.
Aidil juga dikatakan sangat mengagumi Tunku Tun Aminah dan ahli keluarganya berasa sangat terkilan kerana arwah tak dapat menghadiri majlis perkahwinan diraja itu.
Semoga roh Aidil dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. – MYNEWHUB.CC/Ainaa Hafizah
No comments:
Write comments