Thursday 18 May 2017

WOW!! Adakah Ini Kucing Terpanjang Di Dunia?


SEEKOR kucing bernama Omar kini menjadi popular di Internet gara-gara tuah saiz tubuh luar biasa yang dimilikinya.

Omar yang merupakan seekor haiwan peliharaan di Australia ini dikatakan memiliki saiz tiga kali lebih besar dari kucing normal sehinggakan beratnya kini mencecah 14 kilogram.

Dek kerana keistimewaan yang dimilikinya ini, Omar juga tidak lama lagi bakal dinobatkan sebagai Kucing Terpanjang di Dunia oleh Guinness World Record.


Al-kisahnya, kucing berwarna coklat cair ini dikenali selepas muncul dalam laman sosial, Cats of Instagram.

Gambarnya itu sekali gus menarik perhatian Guinness World Records yang menghubungi pemilik kucing tersebut, Stephy.


Stephy kini dalam proses mengirimkan ukuran Omar yang bersaiz 120 sentimeter.

Menurut Stephy, dia dan kekasihnya,Rowan Lawrence memelihara Omar ketika masih bayi.

Selain dari tubuh badannya yang besar, Omar juga dikatakan gemar makan daging kanggaru. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments