Oleh Zaiham Mohd Kahar
Kisah 3 minggu lalu.
Budak lelaki Cina ini (baju hijau) potong Q secara mengejut dari sebelah kiri kereta saya ketika di sebuah persimpangan lampu isyarat di bandar Batu Pahat. Ketika itu, dia berada di laluan utama jalan lurus, manakala saya di lorong paling kanan untuk membelok. Dia datang dari kiri bila lampu bertukar hijau.
Sebelum itu, saya memang dah nampak kereta ini dari cermin sisi. Saya ingatkan dia nak jalan terus, rupa-rupanya dia nak cantas secara mengejut. Biasalah bila terkejut, kita tekan brek sampai orang dalam kereta pun terkejut. Seperti biasa juga, saya marah dan tekan hon berulang kali.
Lelaki yang masuk ke laluan saya tadi, tekan minyak bagi bunyi ekzos dia sekuat-kuatnya (tak puas hati sebab saya hon dia). Saya bantai hon lagi dan dia pun mula mempermainkan saya dengan memperlahankan kereta dia di depan.
Pada masa yang sama, saya nampak cermin keretanya gelap habis. Isteri nasihatkan tak payah layan, biasalah orang rumah. Ikutkan hati memang tak nak layan. Tambahan pula masa itu baru saja balik dari tanah perkuburan (nenek meninggal). Tetapi bila tengok cara pemandu itu, saya memang sangat tidak berpuas hati dan terus mengekorinya sambil menekan hon.
Akhirnya dia berhenti di tepi dan saya memberhentikan kereta di sebelahnya. Dia turunkan cermin suku sahaja. Sambil pegang handphone di telinga, dia boleh pula tanya saya,
Lu mau apa?! Lu mau apa?!
Masa ini memang dah rasa tercabar sebab dia yang salah, kita pula yang dia nak tunjuk langsi. Saya parking kereta di tepi dan turun. Masa jalan ke arah kereta lelaki itu, risau juga sebab cermin kereta itu sangat gelap sampai tak nampak langsung orang di dalam walaupun di waktu tengah hari panas terik. Bimbang ada senjata berbahaya.
Bila dia keluar saja, dia siap provok lagi. Al-maklumlah masa itu saya hanya pakai selipar Jepun, siap ada lumpur tanah kubur di seluar jeans dan baju. Sling bag pun kena lumpur.
Masa itu dia dah call orang. Saya tanya kenapa dia potong Q dengan cara yang tidak berhemah? Dia buat muka langsi habis. Dipendekkan cerita, saya call pegawai di IPD Batu Pahat untuk hantar bantuan sebab lelaki itu pun dah call kawan-kawan dia.
Masa saya buat panggilan, saya maklumkan yang saya telah menahan seorang lelaki Cina. Lelaki itu boleh datang dekat pada saya dan kata,
Wa bukan Cina!!
Selepas itu saya call pegawai trafik Batu Pahat. Sebelum polis sampai, orang dah ramai tengok. Al-maklumlah, suara saya high note sebab budak ini sangat kurang ajar. Dia mempertahankan tindakan dia.
Katanya semasa dia memperlahankan kereta, dia sedang mencari parking. Bunyi ekzos pula dia kata memang bunyi ekzos keretanya begitu. Pada waktu ini, saya masih belum memperkenalkan diri lagi. Orang ramai pun dah mula tengok, yang merakam pun ada.
Dipendekkan cerita, saya tanya apa yang dia cakap masa berada di tepi jalan tadi. Dia boleh pula tanya balik, "Wa tanya apa sama lu?!"
Aduh, sabar sajalah. Saya tanya lagi,
"Wa tanya sama lu, apa lu tanya sama wa tadi?" soalnya semula.
"Tadi lu cakap sama wa, apa lu mau? Apa lu mau?! Okay, sekarang wa jawab wa mau sama lu! Hallo! Lu ini hari sudah silap pilih orang mau tunjuk samseng atas jalan. Lu punya cermin gelap, itu sebab lu samseng habis," kata saya lalu mengeluarkan kad kuasa dan memperkenalkan diri sebagai polis serta mejelaskan segala kesalahan-kesalahan yang dilakukannya.
Air muka lelaki itu berubah dan pada masa yang sama, datanglah MPV disusuli dua buah motosikal trafik. Orang pun semakin ramai menjadi penonton. Selepas itu, datang kawan-kawan budak lelaki Cina itu dan meminta maaf bagi pihak kawannya.
Lelaki terbabit yang pada awalnya langsi, cuba nak menerangkan perkara sebenar. Tetapi saya tunjuk tapak tangan kanan pada muka dia.
Talk to my hand!
Selepas itu datang pula seorang budak lelaki Melayu yang memperkenalkan diri sebagai kawan lelaki itu tadi.
"Kamu kawan dia ke?" soal saya dan dijawab dengan jawapan ye.
"Kau tolong nasihatkan kawan kau itu, belajar sikit adab dan budi bahasa. Kalau tadi dia turunkan cermin di tepi jalan dan cakap,
Abang saya minta maaf sebab itu tadi potong Q...
"Saya takkan marah tetapi bila dia buat salah dan dia tanya saya 'lu mau apa' berulang kali, aku rasa itu kurang ajar," kata saya.
Lelaki Cina itu cuba nak beri penjelasan tetapi tapak tangan juga yang saya singgahkan.
"Kenapa tadi lu cakap sama wa yang lu bukan Cina? Kenapa lu cakap itu macam? Lu Cina ka, India ka, Melayu ka, adab kita kena jaga. Tetapi hari ini you tersalah kenakan orang. Jadi saya akan beri awak pengajaran hari ini yang akan membuatkan awak teringat sampai bila-bila.
"Kalau saya bukan polis, hanya orang awam biasa sahaja, apa yang you akan buat tadi?" soal saya.
"Sorry.. Sorry.." kata lelaki itu sambil diikuti rakan-rakannya yang lain.
"Balik! Saya bukan bos awak. Saya tak bayar gaji you semua!" balas saya.
Akhir kalam, budak lelaki Cina itu mesti rasa 'bangga' apabila diiringi sebuah MPV di hadapannya dan dua buah motosikal anggota trafik ke balai secara percuma.
Saya dimaklumkan oleh SM Trafik (bukan nama sebenar), lelaki itu telah diberikan surat cinta 4 helai atas pelbagai kesalahan.
Yang paling win apabila saya check roadtax, roadtax tidak dipamerkan. Sebaliknya disimpan bawah tempat duduk. Kalau tampal pun tak ada gunanya, tak nampak sebab cermin gelap. Itu belum lagi barang-barang yang saya jumpa dalam bonet belakang. Akhirnya dia kena buka semua tinted film on the spot depan anggota trafik di balai.
Dari insiden ini, saya tiada nawaitu yang lain. Saya tidak boleh melihat orang yang biadab di atas jalan raya. Mereka yang salah, bila kita menegur, mereka pula marah kita balik, buli, dimaki dan sebagainya. Pada saya, tidak kiralah kau Melayu, Cina, India atau bangsa-bangsa lain, tolong hormat pada pengguna jalan raya yang lain. Saya hanya menunaikan tanggungjawab sekiranya berkesempatan.
Bayangkan jika yang terlibat pada masa itu adalah orang awam, bukannya polis. Ditambah pula dengan provokasi ketika itu. Boleh bergaduh, bertumbuk dan yang sewaktu dengannya.
Terima kasih kepada pegawai dan anggota IPD Batu Pahat. Sekian. - The Reporter
No comments:
Write comments