Friday 12 May 2017

Jaga-Jaga, Telur Pun Ada Yang Palsu Masuk Malaysia


ISU mengenai telur palsu ini bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini negara China pernah menghasilkan produk tiruan tersebut yang diperbuat daripada bahan plastik.

Kes penjualan telur plastik itu pernah menjadi tular di negara kita pada 2011 dan kemudian sekali lagi pada 2014 lalu namun dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nampaknya, kegusaran rakyat negara ini makin bertambah apabila seorang wanita memuat naik video di Facebook selepas beli telur di sebuah pasar raya di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mawar Ahmad ini terkejut apabila mendapati isi telur tersebut adalah plastik setelah lapisan kulit cengkerangnya dipecahkan.

“Jaga jaga telur palsu dah masuk Penang, yang ini anak saudara beli kat sebuah pasar raya kat Bandar Perda. Kesian budak-budak pakat cirit dah,” tulisnya.

Perkongsian wanita tersebut mendapat reaksi daripada ramai netizen yang mahu perkara berkenaan dilaporkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments