KUALA LUMPUR 19 Feb. - Seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas dirempuh kereta di Kilometer 426 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dari Bukit Tagar menghala Bukit Beruntung, Hulu Selangor dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Shah Jahan Mohamed, 40, maut di tempat kejadian.
Malah rempuhan tersebut menyebabkan badannya hancur dipercayai diseret selain digilis beberapa kenderaan lain.
Jurucakap bomba memberitahu, pada masa kejadian mangsa sedang berjalan kaki sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Inspira.
"Kita membantu pihak PLUS mengumpul sisa daging tubuh mangsa yang hancur di atas jalan raya dan seterusnya membuat pembersihan darah di lokasi kejadian.
"Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.30 malam tadi.
Tambahnya, operasi melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Write comments