Friday 17 March 2017

Pondan Jual Nasi Lemak Cetus ‘Panik’ Netizen


FOTO seorang maknyah yang cuba berposing ‘ghairah’ sambil mempromosikan perniagaan nasi lemaknya baru-baru ini mengundang kecaman hebat netizen menerusi laman sosial tempatan.

Menerusi perkongsian gambar daripada Yien Asmady (@assyfrn), dia tidak menyangka gambar yang dimuat naik di laman mikro Twitter itu menjadi tular sehingga teruk menerima pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai.


“Jom tukar selera #nasilemakpondan pula. Area Permaisuri Cheras,” tulis wanita tersebut.

Gambar panas berkenaan sehingga kini mendapat lebih daripada 3,000 perkongsian dan 700 tanda ‘like’ sejak dimuat naik semalam.

Menurutnya, niat dia hanyalah untuk bantu mempromosikan gerai nasi lemak maknyah itu yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras namun telah disalah tafsirkan oleh sesetengah netizen.


Rata-rata netizen beranggapan pondan berkenaan dengan sengaja cuba membuat aksi ghairah dan tidak kurang juga mempersoalkan mengapa perlu mempromosikan sesuatu yang telah sedia dilarang di dalam Islam.

“Nak tanya, celah mana mulia? Sebab setahu saya, nabi pun melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya. Jangan kecam tanya saja,” tulis Putri Ain Nazirah

Manakala Nur Qaiyh pula berkata; “Ada juga ustaz ke ustazah saya cakap yang kita beli sesuatu makanan orang yang bertukar jantina ini tidak digalakkan“.

Sementara itu John Labu mendakwa; “Siang nasi lemak dia jual, malam nanti nasi lemak lain pulak yang dia jual!”

Bagaimanapun, masih ada segelintir netizen meminta tidak terus menghukum mana-mana manusia. Sebaliknya kita perlu mendoakan yang terbaik dan membimbing mereka ke arah yang lebih sempurna.

Apa-apa pun, nah kami kongsikan sekali lagi gambar gerai nasi lemak pondan. Semoga jualan nasi lemaknya akan terus maju berkembang dan diharapkan tidak mempunyai sebarang sosej tambahan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments