Saturday, 18 February 2017

Tiga pencuri ‘Spare Tyre’ ditahan


KOTA KINABALU: Tiga orang lelaki tempatan ditahan kerana terbabit dalam kes curi ‘Spare Tyre’ dalam kejadian pada 16 Februari yang lalu.

Ketika hari kejadian pengadu telah meletakkan kenderaan jenis Toyota Fortuner TRD Sport milik Jabatan Air Sabah di kawasan Jalan KK Lama, Tong Hing, pada jam 7.50 malam tetapi apabila kembali semula pada jam 8.30 malam pengadu mendapati ‘spare Tyre’ kereta tersebut telah hilang.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, bertindak atas laporan pihak polis telah menahan saspek pertama di Jalan Berunggis Tuaran dan turut merampas sebuah kenderaan dalam serbuan lebih kurang jam 11.10 pagi kelmarin. 

Hasil soal siasat terhadap suspek pertama, pihak polis menangkap seorang lelaki iaitu seorang rakan jenayah suspek pertama pada hari yang sama bertempat di Taman Sri Rugarding, Tuaran, dan seterusnya menahan seorang pembeli barang curi iaitu suspek ketiga hari ini bertempat di Kg Marabahai Tambalang, Tuaran. 

“Hasil siasatan awal mendapati suspek pertama dan kedua mengaku terbabit dalam kes ini dan telah menjual barang curi itu kepada suspek ketiga.” 

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan suspek dalam kes lain", katanya dalam satu kenyataan kepada media sambil menambah kesemua suspek mengaku tidak terlibat penyalahgunaan dadah. 

Kesemua suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu kes di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya. 

Kes diklasifikasikan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan. - Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments