KUCHING: Polis menahan 18 individu berusia lingkungan 30-45 tahun pada 8.15 malam Khamis di premis menjalankan perjudian sabung ayam secara online.
Dua daripada suspek merupakan wanita warga China yang dikatakan penjaga premis berkenaan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAV Datuk Dev Kumar pada sidang akhbar Jumaat, polis merampas beberapa peralatan perjudian termasuk televisyen, komputer riba serta wang tunai RM3,360.
Kesemua individu serta barangan hasil serbuan di premis Jalan Lapangan Terbang diketuai ASP Shuib Abdul Samat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak untuk siasatan lanjut.
Menurut Dev, kumpulan berkenaan tertangkap semasa menonton aktiviti sabung ayam di televisyen secara siaran langsung online dari negara asing.
Dev berkata, siasatan pihaknya mengesyaki berlaku pertaruhan melalui keputusan sabung ayam berkenaan.
Dev percaya premis ini ada kaitan dengan penganjur pusat sabung ayam di Kota Samarahan yang pernah diserbu sebelum ini.
Pihak polis menahan 320 orang dalam operasi serbuan berkenaan.
Pada September lepas, kegiatan sabung ayam secara online pertama di Sarawak dikesan selepas serbuan dilakukan dan tertangkapnya 13 individu di premis restoran stimbot di Jalan Lapangan Terbang. – Sarawakvoice
1 comment:
Write commentsGOLDENQQ - AGEN BANDARQ
ReplyDeleteBandar Poker Online Terpercaya
Bandar Poker Online
Agen Poker Online
Poker Online Terpercaya
Poker Uang Asli
Agen BandarQ Online
Agen BandarQ,
Agen Domino Online