Sunday, 19 February 2017

Perubahan Yang Bakal Anda Terima Dengan Teknologi Internet 5G


Seperti juga telefon pintar, teknologi rangkaian mudah alih ini turut berevolusi. Tahukah anda rangkaian mudah alih 1G yang pertama sekali mula dilancarkan pada 1982.

Sejak daripada itu, teknologi ini semakin berubah sehinggalah sekarang dimana majoriti pengguna dapat melayari internet 4G.

Dikatakan salah satu hasrat utama internet 5G adalah memastikan kestabilan semasa pelayaran. Dalam erti kata lain, pengguna tidak akan menerima sebarang gangguan atau perubahan kelajuan internet secara mendadak ketika menggunakan internet.

Membincangkan soal kelajuan, pastinya anda boleh jangkakan kelajuan yang lebih tinggi daripada internet 5G. Ya, dikatakan kelajuan internet 5G ini membolehkan pengguna mencapai kelajuan 30 hingga 50 kali ganda lebih pantas berbanding internet 4G.

Cukup untuk anda ketahui masa yang diperlukan untuk memuat-turun sebuah movie dalam definisi HD menggunakan rangkaian 5G adalah kurang daripada seminit manakala rangkaian 4G memerlukan sejam.

Rangkaian 5G bakal mula dilancarkan sekitar tahun hadapan dan mula digunakan secara meluas sekitar 2020. Setakat ini, teknologi ini telah mula diujikaji oleh beberapa telco luar bagi memastikan para pengguna mendapatkan kelajuan internet pantas ini dengan lebih cepat. - The Vocket

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments