Sunday, 19 February 2017

Bandar Di Holland Ini Yang Pertama Perkenalkan Lampu Lintas Pejalan Kaki


Disebabkan semakin ramai pejalan kaki yang menggunakan smartphones sambil berjalan dan kadangkala mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling, sebuah bandar di Holland ini mencuba satu kaedah baru untuk keselamatan para smartphones zombies; mereka memasang lampu isyarat yang memancarkan cahaya di permukaan jalan.

Sistem lampu ini dikenali sebagai +Lichtlijn (+Lightline) dan syarikat yang menghasilkannya, HIG Traffic Systems memasang lampu isyarat ini di bandar Bodegraven, Holland sebagai langkah keselamatan untuk para pejalan kaki. Kaedahnya masih sama seperti lampu isyarat biasa; merah tanda berhenti dan hijau selamat untuk berjalan.


Mereka baru memasang sistem lampu isyarat ini di satu persimpangan di bandar itu sebagai percubaan dan jika ianya terbukti berkesan untuk meningkatkan kepekaan pejalan kaki, sistem lampu ini akan dipasang secara lebih meluas di sekitar bandar Bodegraven.

Ianya menimbulkan perdebatan kerana ada yang berfikir cara ini akan lebih menggalakkan pejalan kaki menggunakan smartphone semasa melintas. Tetapi tidak salah untuk mencuba perkara ini kan? 

Sistem ini sesuai dipasang di Eropah atau Jepun kerana di sana pemandunya respect kepada pejalan kaki. Cuma kalau ianya dipasang di Malaysia, tidak tentu selamat. Banyak sahaja kereta atau motosikal yang akan langgar lampu hijau pejalan kaki walaupun mereka sebenarnya sudah kena berhenti untuk beri jalan untuk pejalan kaki. Apa kata anda? - The Vocket

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments