Monday 20 February 2017

Pengasuh taska kantoi dera & paksa budak makan najis sendiri


Kejam dan tidak memiliki belas kasihan, itulah yang berlaku terhadap beberapa kanak-kanak taska yang diseksa oleh pengasuh mereka.

Lebih memilukan apabila kanak-kanak malang berkenan disuruh memakan najis sendiri.

Terbongkarnya kekejaman yang dilakukan oleh pengasuh taska Sam’s Early Learning Centre at Jalan Mutiara Singapura ini diketahui umum selepas ekaun WeChat bernama Singapore tong memuat naik beberapa keping gambar sebagai bukti kekejaman pengasuh taska berkenan.

Tidak hanya memakan najis sendiri, kanak-kanak berkenan juga turut disuruh memakan sampah dan buah yang sudah busuk.

Menurut laporan Stomp kanak-kanak yang berak diseluar akan dipaksa oleh pengasuh memakan najisnya sendiri dan mereka juga akan dipaksa memakan buah yang busuk dicampur dengan susu formula yang berterabur di lantai selain dari dibiarkan tidur di lantai tanpa sembarang alas.

Bagaimanapun Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Early Childhood Development Agency (ECDA) mengaku telah menerima aduan perderaan kanak kanak yang disertakan dengan tiga keping gambar yang dikatakan berlaku ditaska Jalan Mutiara.

Selain itu ECDA juga mengesahkan bahwa pihak mereka sedang menyiasat pusat jagaan kanak kanak berkanan. - Eberita

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments