Monday 20 February 2017

2,000 penunggang motosikal isi minyak percuma


SUNGAI PETANI: Stesen minyak Caltex di Tikam Batu di sini, menjadi tumpuan lebih 2,000 penunggang motosikal pagi ini, sempena pengagihan petrol percuma melalui projek sedekah jariah.

Program dianjurkan bekas pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Kuala Muda, Abdul Ghani Haron, 60, memberi peluang kepada penunggang motosikal untuk mengisi petrol RON95 secara percuma, menyebabkan pemilik kenderaan itu sanggup beratur panjang seawal jam 6.30 pagi. 

Selain penduduk setempat, program berlangsung sehingga jam 10 pagi itu turut dimanfaatkan penunggang motosikal yang berulang alik dari tempat kerja di Butterworth dan Prai di Pulau Pinang. 

Abdul Ghani yang lebih dikenali sebagai Cikgu Ghani, berkata sumbangan petrol percuma itu adalah sebahagian daripada program sedekah jariah dilakukan bersama rakan-rakan facebook dalam usaha meringankan beban masyarakat. - BH Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments