Tuesday 28 March 2017

Apabila Netizen Diberi Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin…


ACAPKALI kita mendengar pepatah Inggeris berbunyi “don’t judge a book by it’s cover”, malahan peribahasa Jepun juga ada mengatakan “dareka karasu no shiyuu wo shiran.” 

Kedua-dua rangkap kata berkenaan memberikan makna yang sama iaitu jangan menilai sesuatu dengan melihat daripada aspek luaran sahaja.

Namun apabila bercerita tentang buku inspirasi kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang pelakon ini, ternyata ungkapan peribahasa berkenaan langsung tak boleh dipakai (maafkan kami).

Menerusi laman YouTube, Aksara Seni ada menghasilkan satu video menarik memaparkan reviu paling jujur dan ‘makan dalam’ daripada pembaca yang berpeluang melihat dengan lebih dekat buku yang bertajuk “99 Kata-Kata Fattah Amin” ini.


Kami kongsikan semula momen-momen lucu para pembaca yang ‘terkejut’ melihat pengisian ungkapan-ungkapan pembakar semangat daripada buku yang berharga RM58 ini. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments