Beijing: Seorang wanita dan anak lelakinya berusia enam tahun masih panjang umur selepas dilanggar kenderaan utiliti sukan (SUV), lapor media China.
Dua beranak itu berjalan di atas jambatan berhampiran pintu masuk ke sebuah hospital di Chongqing pada 12 Februari lalu apabila SUV berkenaan tiba-tiba mengundur dan melanggar mereka, lapor Chongqing Economic Times.
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan dua beranak itu terpelanting ke bawah jambatan manakala SUV berkenaan dilihat tergantung separuh badannya di jambatan berkenaan selepas merempuh pagar besi pada struktur berkenaan.
Wanita itu yang cedera dilihat merangkak dengan pantas ke arah anaknya dan melindungi badan kanak-kanak itu dengan memeluknya sebelum cuba bergerak dari situ.
Hanya beberapa saat kemudian, SUV itu terhempas di tempat wanita berkenaan jatuh. - BH Online
No comments:
Write comments