Saturday, 18 February 2017

Lelaki warga asing cabul kanak-kanak perempuan ditahan


LAHAD DATU: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana dipercayai mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, di sebuah rumah kongsi sebuah Ladang di Felda Sahabat, Lahad Datu, dekat sini, pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Hamzah Ahmad berkata, suspek seorang buruh ladang berusia 38 tahun dan juga jiran kepada mangsa ditahan kira-kira jam 3.40 petang Rabu, selepas bapa mangsa memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pihak ladang. 

Beliau berkata dalam laporan yang terima, mangsa mengadu kepada bapanya bahawa dia dicabul oleh jirannya, kira-kira jam 12 tengah hari, Jumaat lepas. 

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mengadu diberi sekeping biskut oleh suspek sebelum dibawa masuk ke dalam bilik tidur suspek dan dicabul,” katanya. 

Sehubungan itu katanya, suspek kini direman dan kes disiasat menerusi Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebat. – NewSabahTimes

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments