Ini ialah anak saya yang berusia 3 tahun. Kerana dia kerap tertawa, kami memanggilnya “Smiley.”
Tidak lama dahulu, Smiley mengadu sakit telinga dan saya membawanya ke hospital. Selepas Smiley diperiksa, dia didapati mengalami masalah radang telinga tengah (otitis media). Doktor mula merawat dan mencuci lubang telinganya serta memberikan preskripsi ubat.
Selepas rawatan itu, saya sangat yakin kami tidak lagi perlu ke hospital untuk rawatan lanjutan.
Beberapa hari selepas rawatan itu, saya menerima panggilan daripada guru di tadika tempat Smiley belajar. Katanya anak saya kerap mengadu sakit telinga dan, kemudian, dia mula menangis, meraung kesakitan. Smiley kini berada di klinik sekolah dan gurunya meminta saya untuk membawa anak saya terus ke hospital secepat mungkin.
Saya bergegas ke sekolah tadika itu. Setibanya di sana, anak saya berkata, “Ibu, saya tidak mahu pergi ke hospital, saya takut untuk mencuci telinga.”
Dari kecil lagi Smiley sangat takut untuk berjumpa dengan doktor. Selama ini, mujurlah keadaan kesihatannya sangat baik sehingga dia tidak perlu berjumpa doktor.
Pada masa itu saya lihat dia kelihatan seperti tidak mengalami sebarang masalah yang serius, dan masih ada banyak lagi ubat di rumah. Jadi saya memberikan Smiley ubat dan menangguh membawanya ke hospital.
Tetapi pada hari Jumaat lalu, bila saya pulang ke rumah pada waktu malam, saya terjumpa Smiley dalam keadaan termangu-mangu. Saya bertanya kepadanya adakah dia berasa tidak selesa? Di mana?
Smiley kemudiannya menangis. Saya cuba menenangkannya dengan membawa alat-alat permainannya. Tidak berapa lama kemudian, bayi tersebut terbaring kekok di lengan saya. Saya tidak dapat mendengar suaranya.
Bila saya mengangkat wajahnya, oh tuhan! Mulutnya senget ke tepi; matanya bersilang. Saya takut untuk memegang wajahnya dengan tangan saya. Saya tidak sangka dia tidak dapat mengawal otot-otot di wajahnya.
Saya terus bergegas bersiap untuk membawanya ke hospital, kebetulan pada masa ini suami saya baru di rumah dari tempat kerja. Kami membawa Smiley ke hospital.
Di hospital, doktor melakukan pemeriksaan teliti dan berkata, “Wajah anak puan ini lumpuh. Kami jangkakan ianya disebabkan oleh penyakit radang telinga yang dihidapinya.”
Saya tidak pernah menjangkakan risiko penyakit radang telinga boleh menyebabkan masalah serius seperti ini.
“Terdapat banyak rangkaian saraf di telinga, saraf-saraf ini boleh menjejaskan jaringan nadi saraf yang boleh menyebabkan kelumpuhan pada wajah,” tambah doktor itu lagi dan menyarankan agar Smiley ditinggalkan di bawah jagaan hospital untuk rawatan lanjut.
Perhatian saya dan suami beralih kepada kos rawatan Smiley di hospital. Dalam keadaan kami berasa gusar, kotak rokok suami saya terjatuh ke lantai.
Melihatkan kotak rokok yang terjatuh itu, doktor kemudiannya memeriksa jari suami saya. Doktor hospital itu kemudiannya terlihat jari tengah dan jari telunjuk suami saya berwarna gelap. Dia menggelengkan kepala dan bertanya kepada suami saya, “Berapa kerap kamu menghisap rokok dalam sehari?”
“Lebih kurang tiga kotak sehari,” jawab suami saya.
Mendengarkan jawapan suami saya itu, wajah doktor tersebut berubah, “Bagaimana kamu boleh menghisap rokok berhampiran bayi kamu? Tidakkah kamu tahu betapa bahaya kesannya?
“Tidak hairanlah penyakit radang telinga anak kamu semakin teruk. Apabila nikotin dari rokok itu bercampur dengan darah, ianya akan menyebabkan kekejangan pada saluran darah. Kelikatan darah yang disalurkan ke bahagian telinga akan meningkat, menyebabkan masalah pendengaran yang serius.
“Rokok ialah ajen karsinogen yang boleh boleh menyebabkan penyakit radang telinga yang serius, kelumpuhan pada wajah anak kamu adalah disebabkan kamu tidak mengambil perhatian tentang masalah ini,” jelas doktor itu.
Selepas mendengarkan penjelasan doktor, saya naik berang dengan suami saya. Saya biarkan sahaja dia merokok selama ini dan dia pula tidak pernah mahu mendengar nasihat orang. Kini dia kesal. Apa gunanya kekesalannya sekarang? - Era Baru
No comments:
Write comments