Moscow: Seorang pelukis tubuh dikecam aktivis hak asasi haiwan selepas dia melukis tatu pada badan kucing Sphynx peliharaannya.
Lelaki berkenaan, Aleksandr mentatu kucingnya, Demon, di bandar Yekaterinburg di Sverdlovsk Oblast, wilayah tengah di Russia.
Menurutnya, dia memberikan haiwan itu ubat supaya kucing berkenaan boleh menahan kesakitan ketika dia mentatunya. Ini kali keempat dia mentatu Demon.
Aleksandr bagaimanapun mengaku tindakannya salah.
“Biasanya dia akan pulih cepat setiap kali selepas tatu. Memang saya kasihan kepadanya,” kata lelaki itu.
Tatu yang dipilihnya untuk Demon biasanya dipakai oleh penjenayah di Russia, termasuk satu yang menggambarkan menara sebuah penjara, wanita cantik dan rokok.
Ia biasanya digunakan untuk melambangkan kedudukan mereka dalam kumpulan penjenayah, tempoh mereka berada di penjara dan tahap jenayah mereka.
Aktivis haiwan, Yelizaveta Skorynina mengecam perbuatan Aleksandr dengan menyifatkannya sebagai kejam.
“Dia bertindak demikian tanpa mempunyai alasan lain kecuali untuk memuaskan hatinya,” kata Yelzaveta.
Kucing Sphynx adalah hasil pembiakan terpilih dan terkenal kerana kekurangan bulu. – Agensi/HMetro
No comments:
Write comments