Ketika kerajaan mencadangkan untuk tidak subsidikan harga minyak, mahu mengikut harga semasa, gua antara orang yang bersetuju. Sebab gua takda mentaliti subsidi.
Kalau hidup nak disubsidi, jadi ustaz. Sana sini akan ada orang taja. InsyaAllah makin kaya, makin gemuk. Mungkin gua telah dilatih dengan suasana harga minyak turun naik setiap hari ketika di Straya dan the UK.
Gua cuma kecewa kerana kerajaan menetapkan kiraan dan update setiap bulan. Cara kiraan juga lu orang boleh google. Kaum ustaz dan macai ustaz yang bodoh, jangan belajar kira-kira dengan DrMaza. Kalau dia pandai dia tak jadi ustaz.
Dia jadi engineer atau doktor. Sebab itu dia kira Pizza punya ala carte dengan combo pun fail. Pastu nak publish kat page dia. Bodoh tak? Ramai plak yang sambut kebodohan tersebut. Abaikan.
Di negara maju, harga minyak naik dan turun mengikut kadar harga minyak semasa setiap hari. Pihak station juga boleh naikkan dan turunkan mengikut kiraan kos masing-masing.
Maka rakyat negara maju sudah terbiasa dengan naik dan turun harga minyak setiap hari. Takkan mereka nak meroyan setiap hari? Jadi kaedah monthly update adalah sangat bodoh. Kerana setiap bulan rakyat akan diingatkan dengan kejahatan kerajaan menarik subsidi.
Selain itu, di negara maju semisal Straya dan the UK, hatta the USA juga memberikan rakyat mereka pilihan. Pilihan minyak yang lebih murah seperti, RON91, 92, 88 dan lain-lain.
Tahukah lu orang, RON95 adalah minyak premium. Minyak mahal yang sesuai untuk kereta yang enjinnya jenis “high compression” dan ber”turbo”. Jika tidak, enjin kereta itu cukup sekadar menggunakan RON91.
Kajian di Straya yang dibuat oleh Dr. Saiful Bari telah membuktikan minyak RON91 keluaran BP adalah paling jimat selepas diuji dengan kesemua jenis minyak yang ada di Australia dengan methodology saintifik dan akademik. Kereta yang diguna untuk ujian adalah tiada turbo dan engine jenis tidak “high compression”.
Dalam masa yang sama, setiap station minyak di sana menyediakan servis gas LPG/NGV juga. Maka, rakyat di sana mempunyai pilihan untuk memilih bahan bakar apa yang hendak digunakan. Memilih station petrol mana yang mereka mahu pergi. Rakyat mereka diberi pilihan.
Sebaliknya di Malaysia, rakyat dipaksa menggunakan minyak premium RON95 walau pengguna sekadar menunggang Ex5 dan memandu Kancil macam gua. Apa keperluan kenderaan gua menggunakan minyak premium tersebut? LPG/NGV pula dimonopoli oleh beberapa station sahaja.
Hakikatnya rakyat mahukan pilihan. Kerajaan perlu berikan rakyat pilihan. Dahulu ketika tiada Grab/Uber, rakyat dipaksa menaiki teksi yang busuk, buruk dan hampeh. Bila wujudnya Grab/Uber, ia mendapat sambutan rakyat. Kenapa? Kerana rakyat sudah ada pilihan, dulu rakyat tiada pilihan selain teksi yang busuk, buruk dan hampeh sahaja.
Buat rakyat Malaysia, tak guna lu orang terus meroyan tentang kenaikan harga minyak kerana lu orang sendiri boleh kira dan lakukan forecast dengan segala maklumat yang sudah ada.
Jangan tunjuk bodoh macam DrMaza. Dia takpa, Shahidan Kassim payung dia. Perut dia tetap terus buncit. Dia tetap kenyang.
Ketahuilah sebenarnya rakyat yang cerdik dan progresif bukan marah kerana apa yang telah berlalu, bukan kerana harga minyak naik dan turun. Tetapi rakyat seperti ini mahu diberikan peluang.
Peluang untuk memilih. Bukan memilih setiap 5 tahun sahaja. Memilih menggunakan gas, petrol atau diesel. RON91, 92 atau RON95, 97. Bukan sekadar minyak, tetapi kesemua keperluan asas. - Ataspagar
ps : gua hanya penunggang Ex5. Gua tak perlu ron95.
Abu Fedora Al Turkistani
No comments:
Write comments