Admin tertarik untuk berkongsi berkaitan dengan informasi berkaitan dengan undang-undang pelik yang pernah digubal di dunia. Pelik tetapi itulah realitinya.
Seperti yang diketahui, undang-undang atau peraturan merupakan satu garis panduan yang digunakan oleh masyarakat bertamadun untuk mendisiplinkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang.
Tujuan ia diwujudkan adalah untuk membantu orang ramai agar dapat hidup dalam aman dan harmoni, tidak merosakkan dan memusnahkan harta benda serta alam sekitar.
Terdapat berjuta-juta undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di seluruh dunia melibatkan pelbagai perkara termasuklah manusia, alam sekitar mahupun haiwan.
Setiap negara mempunyai undang-undang sendiri dan dalam setiap negara juga mempunyai perbezaan undang-undang di negeri-negeri di bawahnya.
Ada di antara undang-undang tersebut perlu diwujudkan dan ada juga undang-undang itu amat pelik dan tidak masuk akal.
Perbezaan itu bergantung kepada keperluan sesebuah negara yang mana ia melibatkan cara hidup penduduk dan masyarakat yang mendiami kawasan tersebut.
Walau apa pun, pihak berkuasa bertanggungjawab dan boleh mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang itu jika didapati bersalah walaupun ada yang merasakan ia tidak sepatutnya diwujudkan.
Yang pasti, kamu mestilah mengetahui undang-undang negara yang kamu ingin lawati sebelum melancong ke negara tersebut.
Jangan sampai kamu ditangkap kerana melakukan kesalahan walaupun di negara asal kamu undang-undang seumpama itu tidak wujud.
Mari kita kenali beberapa undang-undang yang mungkin kamu rasakan pelik agar menjadi panduan mahupun pengetahuan kepada kamu ketika melancong kelak.
Alabama: salah di sisi undang-undang jika menjalankan perlawanan gusti beruang.
Switzlerland: mengepam tandas di sebuah apartment selepas pukul 10 malam adalah salah di sisi undang undang.
United Kingdom: wanita hamil boleh membuang air kecil di mana-mana die mahu, termasuk jika diminta dalam topi seorang polis.
Alabama: salah di sisi undang-undang jika menutup mata semasa memandu.
Bahrain: seorang doktor lelaki hanya dibenarkan memeriksa kemaluan seorang wanita dalam pantulan cermin Korang tak dibenarkan mati di House Of Parliment, London.
Singapura: salah di sisi undang-undang jika menjual dan memiliki gula-gula getah.
Burma: salah di sisi undang-undang untuk mendapatkan akses internet.
Florida: ibu tunggal tak boleh bermain Parachute pada hari Ahad.
Scotland: jika seseorang mengetuk pintu rumah dan memerlukan penggunaan tandas, korang perlu benarkan.
Vermont, Amerika: isteri perlu meminta kebenaran bertulis daripada suami untuk memakai gigi palsu.
Alaska: tak boleh melihat Rusa Amerika Utara dari kapal terbang.
Connecticut: salah di sisi undang-undang jika mendidik anjing.
Arkankas: anjing tak dibenarkan menyalak selepas pukul enam petang.
Michingan: salah di sisi undang-undang jika membiarkan babi peliharaan korang bersiar-siar melainkan jika ia mempunyai cincin di dalam hidungnya.
Arizona: salah di sisi undang-undang jika tidurkan keldai dalam tub mandi.
Maryland: salah di sisi undang-undang jika membawa singa menonton wayang.
Florida: salah di sisi undang-undang jika mengadakan hubungan seksual dengan landak.
Oklahoma: orang yang membuat wajah hodoh pada anjing boleh dikenakan denda dan penjara.
France: Boleh berkahwin dengan mayat
Bangladesh: Kanak-kanak 15 tahun dan keatas boleh dipenjarakan jika didapati menipu ketika peperiksaan.
Canada: Jika anda beli barang, anda tidak dibenarkan membayar menggunakan duit syiling jika harga barangan melebihi $10.
China: Salah di sisi undang-undang jika anda tidak bijak atau pintar ketika memasuki kolej.
Finland: Pesalah trafik dikira berdasarkan peratusan (%) daripada pendapatan pesalah.
Florida: Salah disisi undang-undang jika kentut di tempat awam selepas jam 6pm pada setiap hari khamis.
Honolulu: Salah di sisi undang-undang jika anda menyanyi dengan kuat selepas matahari terbenam.
No comments:
Write comments