Saturday 28 January 2017

UMNO akur amaran Pesuruhjaya SPRM

KUALA LUMPUR: UMNO menyambut baik usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas ahli politik yang korup tanpa mengira peringkat.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, SPRM ada hak untuk bertindak sedemikian.

"Itu hak dia (SPRM). Saya tak mau komen apa-apa. Dia nak ambil tindakan itu hak dia," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat.



Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak turut menyatakan nada sama atas amaran yang diberikan Pesuruhjaya SPRM.

"Kita seharusnya memberi kebebasan kepada SPRM tanpa sebarang gangguan dan ini menunjukkan bahawa mereka serius untuk membersihkan korupsi di negara kita malah kita mengalu-alukan tindakan seperti ini," katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad semasa menjadi tetamu Hari Ini 8 pada Khamis berkata , pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas ahli politik yang korup, tidak kira di peringkat bawah mahupun tinggi. - Astroawani

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments