Wednesday 25 January 2017

Cuepacs gesa keputusan tutup pejabat Tourism Malaysia ditangguh

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menuntut pengurusan tertinggi Tourism Malaysia untuk menangguhkan penutupan pejabat demi kebajikan pekerja.

Presidennya, Datuk Azih Muda mendesak agar keputusan seperti ini tidak dilakukan secara serta-merta kerana memberi kesan kepada moral dan kebajikan pekerja.

"Pengumuman itu dibuat secara serta-merta tanpa notis dan tiada pemakluman awal kepada pekerja yang sedang berkhidmat.

"Sekarang ini, arahan penutupan serta-merta hanya diketahui menerusi laporan media dan pekerja bingung dengan status mereka," katanya dalam sidang media di Wisma Cuepacs pada Rabu. - Astroawani

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments