Friday 27 January 2017

Rogol, rompak pada hari perkahwinan

London: Seorang lelaki, Derry Flynn McCann, 28, dihadapkan ke mahkamah di sini, hari ini, bagi menghadapi empat tuduhan merogol dan merompak seorang wanita pada hari perkahwinannya.

Polis menahannya selepas wanita 24 tahun melaporkan dia diserang dan dirogol pada awal pagi 13 Januari lalu, di sebuah taman di Hackney, London Timur, ketika berjalan pulang selepas keluar dengan rakan-rakannya.

The Sun melaporkan menurut wanita itu, seorang lelaki menarik dan mengarahkannya menyerahkan wang sebelum mengheretnya masuk ke dalam semak dan merogolnya.

McCann dari Hackney ditahan enam hari kemudian.

Selepas melakukan jenayah itu, dia melangsungkan perkahwinan dan menyiarkan gambarnya bersama isteri di Facebook.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Thames pada 20 Januari lalu, dia tidak membuat sebarang pengakuan terhadap empat tuduhan merogol dan merompak mangsa.

Kesnya akan dibicarakan pada 16 Februari ini.

Isterinya yang sedang sarat mengandung, enggan mengulas. - Sayang Sabah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments