Thursday 26 January 2017

Rempuh pejabat kerana enggan berpisah

Suzhou (China): Seorang lelaki di sini bertindak menggunakan keretanya untuk merempuh pejabat pendaftaran perceraian semata-mata tidak mahu berpisah dengan isterinya. 

Lelaki itu yang dikenali sebagai Li dilaporkan kecewa selepas isterinya mahu berpisah dan memfailkan perceraian.

Jurucakap polis berkata, Li dan isterinya bertemu di pejabat pendaftaran perceraian pada 5 Januari lalu untuk berpisah tetapi lelaki itu tiba-tiba mengubah fikiran. 

Katanya, tindakan Li itu menyebabkan berlakunya pertengkaran antara mereka sebelum lelaki terbabit terus pergi ke keretanya. 

“Tidak lama selepas itu, Li memandu keretanya dan secara tiba-tiba terus merempuh pintu masuk pejabat pendaftaran perceraian berkenaan. - Sayang Sabah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments