Monday 30 January 2017

Penyanyi Turki mengaku ayah Adele

Mehmet Asar (kiri) dan Adele. - Foto Hurriyet Daily News

SEORANG penyanyi dari Turki mendakwa dirinya adalah ayah sebenar kepada penyanyi popular Amerika Syarikat (AS), Adele.

Dogan News Agency melaporkan Mehmet Asar, 52 yang tinggal di Bodrum mendakwa mempunyai hubungan sulit dengan ibu Adele, Penny Adkins.

Mehmet mendakwa 'bersama' Penny ketika wanita terbabit bercuti di sebuah resort pada Julai 1987.

Ketika itu, Mehmet sedang bekerja sebagai pemandu teksi.

"Penny memperkenalkan dirinya sebagai seorang jururawat. Kami jatuh cinta dan berhubung selama dua minggu. Beliau terpaksa kembali ke England sebulan kemudian," kata Mehmet.


Mehmet berkata, hubungan diteruskan melalui telefon tetapi kos yang tinggal pada waktu tersebut menyebabkan hubungan mereka putus.

Selain itu, Mehmet juga mendakwa Adele mempunyai banyak persamaan dengan dirinya dari segi jari dan intonasi dalam nyanyian.

Walau bagaimanapun, Mehmet tidak mengharapkan apa-apa daripada pendedahannya tersebut.

"Yang paling penting saya mahu semua orang tahu saya tidak mengharapkan apa-apa. Saya tinggal di Bodrum dengan kehidupan baik, saya cuma mahu anak perempuan saya tahu kebenaran," jelas Mehmet.

Dalam sebuah temuramah pada 2015, Adele pernah memberitahu keluarganya mempunyai susur galur Turki, Sepanyol dan Britain. - Sinar Harian

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments