Friday 27 January 2017

Tarik cacing pita 1.88 meter dari mulut

New Delhi: Doktor di India mengeluarkan cacing pita berukuran 1.88 meter dari perut seorang lelaki melalui mulutnya, tidak ubah seperti babak filem fiksyen sains Alien.

Pesakit berusia 48 tahun itu mendapat rawatan selepas mengalami sakit perut teruk sejak dua bulan lalu.

Doktor yang menjalankan kolonskopi terkejut mendapati cacing itu yang terbesar pernah dilihat mereka di dalam perutnya.

Selepas memasukkan kamera ke dalam perut pesakit, doktor mendapati parasit itu ‘selesa’ memenuhi keseluruhan ruang usus kecil lelaki itu.

Doktor kemudian berjaya menarik keluar cacing itu melalui mulut pesakit terbabit dalam prosedur yang mengambil masa satu jam 15 minit untuk diselesaikan disebabkan saiz haiwan berkenaan. Pesakit juga dibius sepanjang proses itu. - Mymetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments