Wednesday 25 January 2017

SPRM tahan bekas CEO anak syarikat GLC berhubung rasuah RM2.5juta

Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah melibatkan RM2.5 juta.

Sumber SPRM memberitahu bahawa suspek berusia 51 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 3.30 petang tadi.

"Dia dipercayai menerima rasuah dan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri," katanya kepada Bernama di sini.

Sumber itu berkata suspek dijangka dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, esok.

Selain itu, suspek akan dituduh bagi lima pertuduhan berkaitan pecah amanah yang dipercayai dilakukan di antara 30 April dan 30 Okt 2013, katanya.

Semasa dihubungi hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan perkara berkenaan. - Malaysiadateline

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments