Wednesday 25 January 2017

Gurauan ‘sewa diri’ jadi teman lelaki Tahun Baharu Cina viral

Lai, lai, lai… mari, mari, mari… Ini promosi Tahun Baharu Cina! Tetapi pastikan anda cukup umur dan punya wang untuk baca artikel ini.

Ini kerana seorang lelaki bertindak menawarkan sesiapa “menyewa” dirinya menjadi teman lelaki sepanjang Tahun Baharu Cina kepada wanita yang masih solo, tiada teman atau perlukan sokongan seseorang.

Hahaha, jangan terkejut, lelaki yang menggunakan nama Zeann Jian di laman Facebooknya hanya bergurau. Tetapi gurauannya “serius” menjadi apabila dikongsi lebih 2,000 kali dan diwar-warkan dalam laman sosial saluran radio tempatan.

“Sebenarnya saya cuma bergurau sesama rakan. Ianya reaksi saya terhadap satu artikel dalam The Star, “Young adults not looking forward to ‘when is your turn to marry?’ quiz”.

“Memang ia soalan yang mengerikan, jadi saya tampil dengan idea promosi ‘sewa teman lelaki’, hanya untuk bergurau,” kata Zeann Jian apabila dihubungi FMT Ohsem.


Zeann Jian ternyata tidak menyangka ia menular di laman sosial.

Lebih buruk, dia akui menerima beberapa “private message” bertanya mengenai “iklan”nya itu.

Dia yang baru berusia 26 tahun, bekerja sebagai pengurus perancangan turut meletakkan “rate card” yang memapar harga sewa iaitu RM88 sehari, RM188 makan malam bersama dan RM888 sepanjang Tahun Baharu Cina.

Mana tau, gurauan Zeann Jian mungkin boleh temukan “jodoh”nya.
FMT Ohsem ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan kepada yang solo, moga cepat-cepat bertemu jodoh masing-masing. - Free Malaysia Today

Di bawah rakam layar status gurauan Zeann Jian:


    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments