Saturday 28 January 2017

Pilihan raya lebih awal di Sabah hanya spekulasi - PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kemungkinan pilihan raya mengejut akan berlaku di Sabah.

Katanya, khabar angin itu hanya spekulasi semata-mata.

"Kita tiada apa-apa keputusan sama ada akan melakukan pilihan raya awal di Sabah atau tidak.

"Ketika ini kedudukannya masih bersifat spekulasi," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat.


Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak memberitahu, pihaknya sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya di Sabah.

"Kita sedia untuk pilihan raya bila-bila masa dan dari dulu lagi dah kerja bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat di Sabah.

"Mengenai penglibatan Parti Warisan yang pertama kali bakal bertanding di Sabah, kami tidak melihatnya sebagai ancaman besar buat UMNO dan Barisan Nasional di Sabah," katanya. - Astroawani

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments