Thursday, 17 August 2017

Tangan Membesar Dan Jari Macam Cakar


SEORANG remaja menghidap penyakit misteri hingga mengakibatkan tangannya membesar manakala jari-jarinya pula seperti cakar burung.

Penyakit itu mengakibatkan tangan Rajib Gain, 19, dari Sathkira, Bangladesh, membesar hingga berat mencecah 5 kg.

Ketumbuhan berkenaan turut merebak ke bahagian belakang dan kaki, mengakibatkan dia tidak boleh berjalan, tidur atau menukar pakaian.

Rajib juga kadang kala terpaksa mengangkat tangan untuk membolehkan dia mengimbangkan badan.

“Jika penyakit saya ini boleh dirawat, saya mahu menjalani kehidupan normal, mencari kerja dan membantu bapa menyara keluarga,” katanya.

Rajib juga bercita-cita untuk menyambung pengajian namun ia sukar dilakukan disebabkan pergerakannya yang terbatas.


Bagaimanapun selepas gambarnya dimuatnaik ke media sosial oleh bapa saudaranya, Raj Sarkar, Rajib mendapat maklum balas positif daripada jabatan kesihatan Bangladesh.

Malah pengarahnya, Abul Kalam berjanji untuk membantu remaja tersebut dan mengarahkan doktor mengambil langkah perlu untuk memulakan rawatan.

Rajib dilahirkan normal namun selepas usianya tiga bulan, ibunya mendapati terdapat ketulan sebesar biji kacang di tangan anaknya.

Mereka membawanya ke hospital tetapi disebabkan tiada wang, mereka tidak dapat meneruskan rawatan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments