Thursday, 17 August 2017

Hamil Lagi Selepas Enam Minggu Bersalin


SEORANG ibu mendedahkan dia mengandung semula selepas hanya enam minggu melahirkan anak sulungnya, Charlie.

Eliza Curby, 27, dari Sydney, mendapat anak kembar, Jack dan Wolfe, dalam tempoh yang singkat sejak melahirkan Charlie.

“Selama beberapa minggu melahirkan Charlie, saya rasa sangat letih dan saya sangkakan akibat kurang tidur,’’ kata Eliza.

Bagaimanapun selepas mendapati keadaan itu berterusan, dia mula berasa `cuak’ kerana keadaan itu sama seperti yang dialaminya ketika mengandungkan Charlie.

“Saya ketawa dengan Ben apabila ada yang menyatakan kemungkinan saya mengandung lagi. Saya mengambil ujian kehamilan dan keputusannya negatif.

“Beberapa minggu kemudian saya ambil lagi ujian itu dan keputusannya positif,’’ kata Eliza yang ternyata sangat terkejut dengan keadaan terbabit.

Eliza bertemu dengan doktor untuk mengesahkan kehamilannya dan dia sekali lagi mendapat kejutan apabila ultrasound mendapati dia sedang mengandung anak kembar.

“Saya mendapat kebebasan selama enam minggu sahaja sebelum berdepan dengan peranan baru iaitu sebagai ibu kepada bayi kembar,” katanya yang kemudian menulis mengenai pengalamannya itu dalam blog.

Kini anak kembarnya berusia tujuh bulan dan Eliza mengakui kehidupan dengan sikecil yang berusia bawah dua tahun telah membuatkan kehidupan sehariannya sibuk. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments