GAMBAR pasangan ini biasa-biasa sahaja namun apa yang mencetuskan perdebatan di media sosial ialah benda yang dipegang oleh wanita itu.
Ia menyebabkan ramai yang tertanya-tanya dan sekali gus membuat pelbagai tekaan selepas ia dikongsi oleh The Archbishop of Banterbury.
Gambar pasangan itu dirakamkan di lokasi eksotik tetapi benda di tangannya itu membuat ramai keliru. Ada yang menyatakan dia memegang pokok tetapi ada yang tidak percaya.
Ada pula yang kata dia memegang beg tangan. Perdebatan itu telah menyebabkan gambar di Facebook itu menerima lebih 40,000 `like’.
Bukan itu sahaja, beribu-ribu orang berkongsi gambar terbabit. Hingga kini tuan punya badan masih belum memberikan jawapannya. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments