Di kala rakan-rakan sebaya mendapat hadiah seperti minyak wangi, baju berjenama dan konsol PS4, remaja berusia 15 tahun dari Dubai ini menerima hadiah sebuah kereta Ferrari model F12 Berlinetta daripada kedua ibu bapanya.
Namun begitu, Rashed Saif Belhasa masih perlu menunggu sehingga tiga tahun lagi sebelum dapat memandu sendiri kenderaan mewah miliknya itu; ini kerana had umur memandu di Dubai ialah 18 tahun.
Yang menariknya, Ferrari edisi terhad itu telah diubahsuai oleh ibu bapanya dengan meletakkan logo jenama fesyen terkemuka dunia, Louis Vuitton.
Selain memperolehi hadiah serba mewah itu, Rashed turut menerima satu lagi kejutan daripada ibu bapanya apabila dia berpeluang makan malam bersama bintang tinju idolanya dari Britain, Amir Khan.
Rashed yang turut mempunyai akaun laman YouTube itu sering kali memaparkan kemewahan yang dimilikinya menerusi laman perkongsian video tersebut.
Tak hairanlah Rashed mampu bergaya sakan dan mewah tak padan dengan usianya yang baharu menginjak 15 tahun, ini kerana bapanya, Said Ahmed Belhasa merupakan bilionaire pemaju hartanah terkenal di negara timur tengah itu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments