SEEKOR ikan besar berjaya ditangkap di perairan Filipina dengan badannya penuh ukiran tatu.
Nelayan yang menangkapnya sangat kagum dengan apa yang melekat di jaringnya.
Dia telah meletakkan ikan bertatu itu di sebelah ikan lain yang sama jenis bagi melihat perbezaannya.
Sejak gambar ikan ini disiarkan di saluran tempatan GMA News, ia telah mendapat ribuan komen daripada mereka yang cuba untuk menyelesaikan apa dilihat.
Salah satu kemungkinannya adalah badan ikan ini benar-benar telah diukir tatu dan kemudian dilepaskan semula ke dalam laut oleh seseorang.
Terdapat satu lagi jawapan yang lebih mungkin seperti yang dicadangkan oleh Steve Clark.
“Ini mungkin disebabkan oleh jenis-jenis sampah atau kain yang tertanam dalam kulit ikan dan akhirnya ia menjadi corak seperti ini. Sekadar beri pandangan,”katanya.
Ikan ini, yang ditangkap oleh nelayan di wilayah Lopez, Jaena, Misamis Oriental, utara Mindanao turut dikaitkan dengan cerita-cerita mistik, seperti penjelmaan semula Tuhan.
Ada juga yang mencadangkan: “Ada banyak perkara di dunia ini yang kita tidak tahu tentangnya, terutamanya di bawah laut. Ingat, lautan adalah lebih besar daripada daratan.”
Seseorang lagi telah menyatakan apa yang dibayangkan iaitu ikan ini telah melarikan diri dari sebuah ‘penjara’ di dasar laut di mana ahli biologi marin telah membuat satu tanda pada hidupan laut di situ dengan simbol pelik. – mStar Online
No comments:
Write comments