Monday 15 May 2017

Bermata Biru, Budak Beaufort Berdepan Ancaman


KEISTIMEWAAN seorang budak lelaki mencuri perhatian umum sehingga berdepan ancaman biji matanya mahu dikorek kerana memiliki sepasang mata berwarna biru.

Kamarul Hisham Mustaffa, 9, berkata orang ramai termasuk rakan-rakan di sekolah menyangka dirinya memakai kanta lekap hingga mahu menyungkil matanya.

“Syukur saya dianugerahkan keistimewaan seumpama ini.Tapi ada kawan yang mahu korek mata saya sebab mereka sangka saya memakai kanta lekap,” katanya.

Kanak- kanak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar, Beaufort, Sabah ini tidak berasa terancam dengan keunikan yang dimilikinya sebaliknya dia bersyukur dengan keunikan yang dimilikinya.

Harian Metro melaporkan, keunikan itu bukan saja ada pada dirinya, malah ibu, Rosdah Abdullah, 47 serta kakak sulungnya, Nurul Syafiqa,17 turut memiliki keunikan yang sama.

Anak keturunan Melayu Brunei campuran Pakistan ini berkata, ayahnya Mustafa Kamal Matali, 48, berasal Negeri Sembilan dan bekerja di sebuah restoran di Pekan Beaufort, Sabah.

Jelasnya, dia menyedari keunikan itu sejak berusia empat tahun dan kadangkala sesetengah rakannya cuba untuk menakutkannya bahawa matanya akan buta kerana perbezaan yang begitu ketara dengan rakan yang lain.

Menurutnya, rakan di sekolah sering memanggilnya dengan nama ‘mata guli, namun anak bongsu daripada tiga adik beradik ini tidak menganggap perkara tersebut sebagai penghalang dia bergaul bersama rakan-rakan di sekolah.- MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments