Thursday 9 March 2017

Kristen Stewart Berimej Baru, Berkepala Botak


PELAKON yang popular dengan watak Bella Swan dalam siri filem Twilight, Kristen Stewart baru-baru ini tampil dengan imej terbaharu berambut botak.

Kristen menggayakan imej rambut terbaharunya itu ketika muncul pada majlis tayangan perdana filem lakonannya, Personal Shopper di Los Angeles, Amerika Syarikat, semalam.


Perubahan imej drastik yang dilakukan bekas kekasih Rupert Pattinson itu menyebabkan peminatnya tertanya-tanya mengenai tindakannya itu.

Walau bagaimanapun, Kristen, 27, sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu penampilannya lebih segar dan keinginan untuk berambut pendek sudah lama diidamkannya.

Menerusi temubualnya dengan portal kecantikan Into The Gloss pada 2014, Kristen menyatakan dia teringin untuk membuat tatu di kepalanya dan mungkin imej botak ini mampu menyerlahkan tatu yang akan diukirkannya kelak. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments