Tuesday 28 March 2017

Tauke Akui Tertekan Dengan Pelawak Baharu


KEMUNCULAN pelawak baharu dalam industri seni komedi di negara ini jelas memberikan ‘tekanan’ kepada pelawak, Tauke yang menganggap kehadiran mereka sebagai ‘menyusahkan’.

Namun, jangan ada anggap ia sebagai sesuatu yang negatif kerana Tauke yang terkenal menerusi kumpulan Jambu ini menyifatkan kehadiran pelawak baharu memberi peluang kepadanya bekerja lebih keras cari idea lebih segar dan berkualiti.

Astro Gempak melaporkan peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) itu menjelaskan penyertaan pelawak baharu telah memberikan persaingan hebat melalui idea mereka yang kreatif dan segar untuk setiap persembahan.

“Kehadiran pelawak baharu ini banyak menyusahkan kami sebagai pelawak-pelawak yang berpengalaman dalam industri.

“Kemunculan mereka telah menyebabkan kami harus berkerja keras mencari idea yang lebih segar dan berkualiti untuk bersaing di pentas MLM 2017.

“Mereka telah memberi saingan hebat kepada pelawak-pelawak lama dan kami harus untuk melakukan sesuatu yang lebih bagus daripada mereka,” katanya.

Jelasnya, kehadiran pelawak baharu ini secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu persembahan peserta melalui idea yang kreatif bagi menentukan siapa yang terbaik.

Tauke bergandingan bersama Achong dan Ropie dalam satu kumpulan iaitu Nice turut memberikan saingan hebat kepada semua peserta MLM 2017.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments