Monday 27 March 2017

Stesen TV Tersalah Siar Filem Lucah


SEBUAH stesen televisyen di Senegal berdepan dengan kontroversi dan siasatan selepas ia tersalah siar filem lucah, selama 20 minit.

Ia mengakibatkan stesen Touba TV berdepan dengan tindakan undang-undang.

Kesilapan itu berlaku ketika waktu tengahari, pada Rabu lepas, sewaktu program ceramah, Taxiru Juma Show sedang keudara.

Ia mengejutkan ramai kerana Touba TV selama ini sering menyiarkan program berbentuk keagamaan, ceramah dan perbincangan mendalam mengenai agama Islam.

Pihak pengurusan Touba TV bagaimanapun mendakwa terdapat unsur sabotaj dalam insiden terbabit.

“Ia adalah sabotaj kerana imej itu datang dari luar,’’ kata pengurusan Touba TV.

Lebih 90 peratus penduduk Senegal beragama Islam. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments