Monday 27 March 2017

Sapu Glitter Berkilat Kat Punggung Jadi Trend Terkini


NAK tahu trend terkini 2017? Pelik tapi nampaknya glitter atau serbuk warna warni yang berkilat, yang disapu pada punggung, menjadi hasil seni terkini pada tahun ini.

Ia seolah-olah anda berada di tepi pantai dan glitter itu kononnya seperti pasir yang melekat di punggung. Trend berkenaan diperkenalkan oleh The Gypsy Shrine, iaitu sebuah kedai yang menjual glitter di United Kingdom.

Disebabkan ia dikatakan trend terkini maka ramailah kaum wanita yang mencubanya dengan melekatkan glitter di punggung masing-masing dan kemudiannya menunjukkan punggung mereka itu di dalam instagram.


Bagaimanapun menyapu glitter di punggung bukan senang, maka anda memerlukan mereka yang profesional atau rakan-rakan untuk membantu melekatkannya pada punggung anda.

Gel terpaksa digunakan untuk melekatkan glitter tersebut dan ia disapu seperti lukisan, dengan bentuk tersendiri, bukan sekadar menyapu pada punggung sahaja.

Masalahnya yang akan melanda mereka yang memakai glitter ini ialah apabila anda ke tandas. Ia pasti akan meninggalkan kesan di atas mangkuk tandas. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments