Friday 31 March 2017

Jutawan Insaf Selepas Terlibat Dalam Kemalangan


LELAKI ini Mazzi Dumato, 38, bukan sembarangan orang. Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang kaya dan terlibat dalam pemasaran serta hartanah di Dubai.

Namun selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya, Mazzi, yang juga seorang playboy telah menukar kehidupannya.

Beliau menderma pada golongan yang memerlukan dan tidak lagi menjalani kehidupan mewah seperti dulu. Mazzi kini hidup secara sederhana.

Ketika menceritakan titik perubahan itu, Mazzi berkata, pada hari kemalangan itu berlaku, beliau sedang memandu kereta Ferrari.

“Saya beli Ferrari kerana saya menganggap saya sudah mencapai kejayaan. Saya mula berparti dan dua minggu kemudian saya terlibat dalam kemalangan. Saya tertidur dan apabila terjaga Ferrari itu berada di bawah sebuah trak.

“Pagi itu, (selepas kemalangan) saya dimasukkan ke penjara dan orang pertama yang saya jumpa adalah bapa kepada kawan saya yang merupakan seorang ahli perniagaan di Dubai. Dia yang memberikan bantal dan tilam kepada saya.

“Ketika itu saya terfikir, inilah nasib saya. Selama ini saya menganggap Mazzi sebagai orang yang terkenal sepanjang masa tetapi kini hanya ada bantal dan tilam,” katanya.

Dan selepas setahun, ketika berada di sebuah kelab di Brazil, Mazzi bertemu dengan isterinya, Milena yang terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan di seluruh dunia.

Ketika itu Milena berkhidmat secara sukarela dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mereka menghantarnya ke Congo untuk membantu penduduk di sana.

“Saya bertemu dengannya dan kami berkahwin. Milena merupakan inspirasi saya dan kami kemudiannya menderma wang kepada Haiti,” katanya.

Tidak lama kemudian Milena disahkan menghidap kanser payu dara dan dia terpaksa menjalani rawatan mastectomy.

Selepas itu Mazzi telah membeli sebuah tanah bagi tujuan pembinaan pusat pencegahan kanser dengan matlamat memberikan rawatan percuma kepada golongan miskin.

Mazzi percaya semua orang layak mendapat akses kepada perubatan percuma dan beliau turut memiliki sembilan tempat, yang menawarkan perkhimatan sama.

“Ketika meninggalkan Dubai, saya mempunyai kira-kira RM13 juta. RM4 juta telah dihabiskan untuk hartanah manakala bakinya digunakan untuk rawatan kanser isteri saya serta kos hospital abang saya yang menghidap ketumbuhan otak,”katanya yang tidak menyesal untuk menghabiskan wang bagi tujuan kebajikan. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments