Monday 27 March 2017

Nora Danish, Nedim Nikah Hujung Bulan Ini


TERJAWAB sudah akhirnya spekulasi tentang tarikh pernikahan pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri.

Media tempatan melaporkan, pasangan merpati dua sejoli itu bakal bernikah pada 30 Mac ini di Kuala Lumpur.

Majlis yang bertemakan tradisional itu diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Nora dilaporkan akan memberi kenyataan rasmi selepas majlis tersebut diadakan.

Pelakon berusia 34 tahun yang juga ibu tunggal kepada anak lelaki diberi nama Putera Rayqal itu enggan berlebih-lebih dalam merencana majlis perkahwinannya dengan Nedim yang juga anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Selama menjalinkan cinta dengan lelaki terbabit, hubungan mereka turut diuji selepas dilaporkan putus sekitar Ogos 2015, namun hubungan itu berjaya diselamatkan kembali.

Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai dengan bekas isterinya, Nabilah Khan pada 2013. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments