Monday 27 March 2017

Selang 30 minit, ibu & anak mati di jalan raya sama


DECATUR: Seorang ibu dan anak perempuannya di Amerika Syarikat mengalami insiden nahas kemalangan jalan raya yang meragut kedua-dua nyawa mereka dijalan raya yang sama, berselang masa setengah jam.

Hanya berjarak 11 kilometer, berselang 30 minit, si ibu,Julie Yates Patterson, 39, dan anaknya Elizabeth Patterson, 8 meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.

Huffington Post pada Ahad melaporkan, petugas koroner di Dekalb County, Tom Wilson berkata, kereta si ibu kemalangan dalam insiden berlanggar dengan kenderaan lain.

Setengah jam, tidak berpantang maut dan ajal juga sudah sampai, diikuti anaknya Elizabeth dilanggar sebuah kereta ketika sedang menyeberang jalan.

Wilson menjelaskan, kedua-dua insiden berlaku di jalan raya yang sama di Alabama State Route 117 berhampiran Kota Valley Head, tempat kediaman anak-beranak itu.

WHNT 19 mewartakan, kedua-dua anak-beranak tersebut dikebumikan di tanah perkuburan Violet Hill Cemetery pada Sabtu lepas. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments