Wednesday 29 March 2017

Tergamam Saksi Fenomena Belalai Air Di George Town


PENGGUNA Jambatan Pulau Pinang ‘disajikan’ dengan satu fenomena alam luar biasa apabila belalai air atau pusaran angin muncul bersebelahan laluan itu, kira-kira jam 6 petang, semalam.

Menurut beberapa saksi, fenomena itu berlaku dalam tempoh hanya lima minit.

Meskipun ia hanya berlaku sekejap, namun fenomena itu menarik perhatian pengguna sehinggakan ramai sanggup memberhentikan kenderaan di laluan kecemasan.

Seorang saksi, Nasrul memberitahu, selepas fenomena itu, hujan lebat pula berlaku.

“Saya tergamam kerana pertama kali melihat fenomena berkenaan dan syukur ia hanya seketika sebelum hujan lebat,” katanya kepada BH Online.

Menerusi satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, belalai air ini tidak membawa bencana memandangkan akan hilang apabila menghampiri permukaan darat.

Bagaimanapun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil ketika fenomena berlaku. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments