Tuesday 28 March 2017

Saman Kerana Tak Dibenar Namakan Anak ‘Allah’


ATLANTA – Sebuah kumpulan hak asasi awam menyaman Georgia kerana keengganan negeri itu membenarkan sepasang suami isteri menamakan anak mereka berusia 22 bulan, ‘Allah.’

Kesatuan Hak Asasi Awam Amerika Georgia (ACLU) memfailkan saman itu baru-baru ini di Mahkamah Tinggi Daerah Fulton bagi pihak pasangan, Elizabeth Handy dan Bilal Walk. Yang dipertaruhkan ketika ini adalah nama terakhir kanak-kanak perempuan itu, Allah.

Peguam Jabatan Kesihatan Awam Georgia memaklumkan akhbar The Atlanta Journal-Constitution, undang-undang negeri mensyaratkan nama keluarga bayi itu sama ada bapa atau ibu untuk rekod kelahiran awal.

Pihak berkuasa negeri berkata, nama akhir kanak-kanak itu, ZalyKha Graceful Lorraina Allah, sepatutnya Handy, Walk atau gabungan keduanya.

Pasangan itu memaklumkan akhbar, mereka memberi nama anaknya ‘Allah’ kerana nama itu suci.

“Kami memahami dari segi peribadi kaitan nama itu.

Ia bukan sesuatu yang kami mahu jelaskan secara terperinci. Apa yang penting ialah hak kami sebagai ibu bapa,” kata Walk.

ACLU Georgia memfailkan saman bagi pihak pasangan itu, yang berkata mereka gagal mendapatkan nombor Keselamatan Sosial anak perempuan mereka kerana ketiadaan sijil lahir selain menjangka berdepan kesukaran capaian penjagaan kesihatan, sekolah dan perjalanan. – AP/BH ONLINE

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments