Thursday 30 March 2017

Risiko Tinggi, Doktor Halang Kim K Hamil Anak Ke-3


BINTANG antarabangsa, Kim Kardashian atau lebih dikenali dengan panggilan Kim K memberitahu bahawa dia tidak boleh menambah cahaya mata kerana dilarang oleh doktor yang merawatnya.

Menurut portal hiburan E!, doktor menasihatkan Kim K untuk tidak hamil lagi kerana dia mempunyai beberapa masalah yang akan memberi risiko kepada dirinya dan bayi yang dikandungkan sehingga boleh membawa kematian.

“Sebenarnya saya mahukan anak yang ramai tetapi doktor menasihati saya untuk tidak haim kerana ia tidak selamat untuk saya dan bayi,” katanya dalam program Keeping Up With The Kardashians.

Kim K mempunyai dua orang cahaya mata, North, 3, dan Saint, 1, hasil perkahwinnya bersama penyanyi rap, Kanye West serta dia berniat untuk menambah lagi cahaya mata kerana mahu mempunyai keluarga yang besar.


Ibunya, Kris Jenner juga tidak mahu Kim K melahirkan zuriat kerana tidak mahu dia mengalami sebarang masalah yang boleh membahayakan nyawa anaknya itu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments