Tuesday 28 March 2017

Gadis Tak Pakai Seluar Dalam Jadi Perhatian Di Funfair


SEORANG wanita menempuh saat paling memalukan apabila seluar yang dipakainya terlondeh sehingga menampakkan bahagian punggung dalam kejadian di sebuah pesta ria di Costa Rica, Amerika Latin.

Wanita malang itu dikatakan bermain permainan yang digelar La Tagada bersama teman lelakinya di Festival Zapote, di mana pengunjung yang menaiki permainan berkenaan akan digoncang atau dilambung dalam keadaan laju.

Berdasarkan video tersebut, wanita yang tidak didedahkan identiti itu kelihatan berpaut kuat pada pemegang besi di belakangnya, namun permainan itu yang berpusing dan bergoncang dengan kuat menyebabkan dia mula hilang keseimbangan.

Menyedari kedudukan wanita itu semakin tidak stabil dan seluarnya mula terlondeh, teman lelakinya cepat-cepat membantu dengan memegang wanita itu menggunakan kakinya bagi mengelakkan dia dari jatuh.

Bagaimanapun, tanpa disedari, seluarnya sedikit demi sedikit mula terlondeh, dan lebih malang wanita berkenaan tidak memakai seluar dalam.



Teman lelakinya terus membantu dengan melindungi bahagian sulit wanita itu selepas menyedari reaksi ‘lain macam’ dua pengunjung lelaki yang berada di sebelah teman wanitanya.

Malangnya, tindakan teman lelakinya yang cuba mengepit bahagian punggung wanita itu dengan menggunakan kaki tidak berjaya apabila gadis itu secara tiba-tiba tercampak kebahagian tengah permainan tersebut.

Wanita tersebut cuba menarik seluar dan menutup bahagian punggungnya, namun permainan itu yang masih bergerak telah menyukarkannya untuk membetulkan seluarnya.

Video yang dirakam oleh pengunjung itu turut kedengaran jeritan kuat daripada orang ramai yang melihat insiden memalukan itu.

Hasil semakan kami di Internet, kejadian tersebut sebenarnya berlaku pada penghujung Disember 2015, namun ia menjadi tular semula setelah netizen berkongsikan kembali video kejadian itu di media sosial.

Menurut portal Mail Online, Festival Zapote Costa Rica di San Jose, merupakan pesta perayaan yang diadakan pada akhir tahun, berlangsung dari 25 Disember hingga 3 Januari dan telah menarik kira-kira 25,000 pengunjung setiap hari. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments