Wednesday 29 March 2017

Habis Pecah Mesin ATM Ditumbuk Lelaki Ini


GEORGE TOWN – Akibat berang kerana gagal mengeluarkan wang, seorang lelaki bertindak memecahkan memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini.

Dalam kejadian di Lintang Angsana, Bandar Baru, di sini kira-kira jam 11 malam itu, suspek yang memasuki bangunan yang menempatkan ATM tersebut cuba mengeluarkan duit di dua mesin wang berkenaan.

Namun, cubaannya gagal dan menyebabkan dia berang sekali gus bertindak memecahkan skrin dua ATM itu menggunakan topi keledar dipakainya.

Media tempatan melaporkan, kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup premis berkenaaan dan mendapati suspek yang berbaju biru, berseluar pendek dan memakai topi keledar dilihat masuk ke bank berkenaan.

Difahamkan, polis sedang mengesan suspek bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan khianat. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments