Friday 31 March 2017

Asia’s Next Top Model: Wakil Malaysia Tak Baca Kritikan


DUA peseta Malaysia yang terpilih dalam Asia’s Next Top Model 5 (AsNTM5), Alicia Amin dan Shikin Gomez memberitahu mereka sentiasa mengamalkan sikap positif dan tidak mahu mengambil pusing tentang pandangan negetif yang diberikan kepada mereka kerana menyertai program itu.

Shikin 24, dan Alicia, 22, berkata walaupun musim terbaru itu belum mula ditayangkan di televisyen, namun mereka berdua sudah mula menerima kecaman dan kritikan melalui laman sosial.

“Saya memang tak baca sebarang komen di internet kerana tidak mahu terkesan dengan kata-kata yang dilempar kepada saya.

“Apa yang penting ialah saya sentiasa positif dan fokus kepada pertandingan kerana ia adalah peluang untuk kami ke peringkat antarabangsa,” kata Alicia kepada mStar Online.

Selain wakil dari Malaysia, AsNTM5 ini juga turut diwakili oleh peserta dari Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Taiwan.

Tambah Shikin, dia dan Alicia yakin pengalaman mereka dalam bidang peragaan sebelum ini akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk merebut gelaran juara dan akan menjadi saingan kepada peserta yang lain.

Shikin dan Alicia juga mengakui ada merancang untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan, nyanyian atau pengacaraan selepas AsNTM5 berakhir nanti. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments